Jumaat, 15 November 2013

menurun

huhuhuhu kenapa boleh jadi macam ni......dulu pertengahan tahun dapat no. 2 tapi sekarng dpt no.8.........sedih2...nana dh cuba buat yg terbaek tapi gagal....kebetulan wktu exam tu nana demam.....x pe lh...sekali gagal x bermakna gagal selamanya....nana dpt gk anugerah

highland tower

Highland Tower merupakan apartment 3 blok yang dibina sekitar 1975 hingga 1978 yang terletak di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor. Pembinaan apartmen ini sendiri merupakan satu pencabulan terhadap Akta Pemuliharaan Tanah dan Akta Kualiti Alam Sekeliling kerana pembinaan bangunan di kawasan lereng bukit dengan kecerunan lebih 18 darjah yang merupakan kawasan sensitif alam sekitar. Walau bagaimanapun, mungkin Highland Tower tidak akan roboh menyembah bumi sekiranya pembinaan perumahan Bukit Antarabangsa di belakangnya tidak berlaku. Bukit Antarabangsa dibina pada tahun 1991 sebagai perumahan elit yang mengakibatkan penebangan pokok-pokok di kawasan sekitar yang mendedahkan bukit itu kepada tanah runtuh. Tambahan pula, East Creek iaitu sungai yang mengalirkan air dari bukit di Highland Tower telah dikambus dan digantikan dengan paip. Paip tersebut menjadi tersumbat daripada batu dan kayu daripada tapak pembinaan Bukit Antarabangsa mengakibatkannya pecah. Hujan lebat selama 10 hari mengakibatkan paip tersebut tidak dapat menampung jumlah air yang melampau disertai lumpur, batu dan tanah. Sebelum kejadian, dikatakan tanda-tanda retakan dan air mengalir daripada tembok penahan di belakang apartment tersebut telahpun diperhatikan, dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya mengeluarkan notis berpindah kepada penghuni Blok 2 dan 3, namun mereka memohon perintah Mahkamah Shah Alam untuk mengenepikan notis tersebut (nampak dak angkuh tak angkuh penduduk dekat situ). Selain itu, jalanraya di sekitar blok tersebut juga telah merekah akibat gelinciran. Kandungan air yang melampau dalam tanah menyebabkan tanah bertukar menjadi lumpur, mengakibatkan strukturnya menjadi lemah. Lumpur tersebut akhirnya menolak tembok penahan di belakang blok 1 sehingga pecah, dan kemudiannya menolak dasar bangunan blok 1sehingga tumbang. Dikatakan berat lumpur ketika itu bersamaan dengan berat 200 kapal terbang Boeing 747. Runtuhnya Highland Tower Pada pukul 1.35 pm 11 Disember 1993, blok 1 apartment Highland Tower roboh menyembah bumi. Seorang bekas juruterbang Marin Amerika yang sedang bercuti di Malaysia dan menginap di rumah rakannya di Blok C Highland Tower, Bruce Aaron Mitchell (49), berjaya merakamkan gambar turutan kejadian tersebut daripada mula robohnya blok tersebut sehingga tumbang menimpa bumi. HighlandTower05 Disebabkan kejadian berlaku pada hari Sabtu, kebanyakan penduduk tidak berada di rumah. Pasukan penyelamat tiba dari unit FRU, Persatuan Palang Merah, DBKL dan dari pasukan polis dan tentera untuk menyelamatkan mangsa. Pada mulanya, mereka terlihat batang penyapu yang ditonjol-tonjol keluar membawa kepada penemuan pembantu rumah warga Indonesia, Umi Rashidah Khoruman, 22, dan anaknya Nur Hamidah Najib, 1 tahun 6 bulan. Selepas itu, Shizue Nakajima, 50, seorang penduduk warga Jepun juga berjaya diselamatkan namun malangnya meninggal dunia akibat kecederaannya di hospital pada malam yang sama. Bukit Antarabangsa Highland Tower 1993 Yang menyedihkan, hanya 3 mangsa saja yang berjaya dibawa keluar hidup-hidup, dan pada hari pertama sahaja. Hari-hari berikutnya, langsung tiada mangsa yang dibawa keluar. Tun Mahathir Mohamad yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia, merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk membantu Malaysia kerana ketiadaan pasukan khas untuk bencana seperti ini. Pasukan keselamatan ketika itu bingung kerana tidak mengetahui apakah prosedur yang perlu mereka lakukan untuk misi menyelamat. Pasukan penyelamat dari Singapura, Jepun dan Perancis datang menghulurkan bantuan bersama teknologi mereka yang lebih canggih. Yang menyedihkan, mereka mendengar bunyi ketukan sehingga hari ke-8 kejadian, namun tidak dapat memastikan daripada mana punca bunyi tersebut, menyebabkan mereka tidak dapat berbuat apa-apa. Sebaik sahaja bunyi tersebut tdak lagi kedengaran, mereka membuat keputusan tiada mangsa yang masih hidup. Dengan itu, jentera-jentera berat mula menggali dan mengorek runtuhan bangunan untuk mencari mayat. Setiap kali terlihat mayat manusia, mereka berhenti menggunakan jentera dan menggunakan tangan untuk mengangkat mayat tersebut. Antara mangsa yang meninggal dunia ialah anak Tun Musa Hitam, bekas Timbalan Perdana Menteri iaitu Carlos Abdul Rashid bersama isterinya. Bau busuk mula mencucuk hidung. Terdapat mayat yang dijumpai tangannya, tengkorak yang pecah, cebisan daging berselerakan dan mayat yang berpelukan.

Sabtu, 13 Julai 2013

Resepi baru siri 1

                          

Assalamualaikum

Hari ni nana dengan sedara nana buat projek khas khas lah sangat......
Nana buat jus sirap anggur mungkin sedap....tapi jus kami x lah macam kat atas....sedang2 jer
Kalini lain sikit, kami x guna blender pon.....guna sudu,picit2 jer... Keluarlah jusnya....:

Selasa, 9 Julai 2013

aduh!!

                                                  

                         assalamualaikum,

aduh!!! sakitnya gigi....kat sekolah tadi nana kena cabut gigi...hu..hu..hu..sekali dua terus cabut.. selamat x nangis...tapi nurse cabut gigi nana x lh mcm ipin....gigi atas ngan bawah...sedihhh..pastu kan nana pergi tandas nk tukar kapas,nan tenguk kt kapas tu banyak darah.. pastu kawan nana tegur, dia cakap kt mulut nana ada banyak darah...nana panik x tahu nk buat apa..pastu kawan nana ckp kn kapas ada, gunalh kapas...nana pn tukat kapas... nana asyik2 pergi tandas tukar kapas.....sampai habislh kapas dibuatnya...mungkin smpai disini saja lh cerita nana.. ^-^ tata....

geng penolong ketua kelas yg lama...


                                    asalamualaikum,

hari tu nana dh cakap pasal dunia ini penuh dengan dugaan....ini senarai nama geng penolong ketua kelas yg lama....

  nama                  =                  jawatan

ina/fadhlin 
adlina                   =                 pengawas
syazana                =                 (m)biasa
pika syafikah         =                 (m)biasa
anis                     =                (P)ketua kelas petang
adila                    =                  (p) ketua kelas pagi


 nana harap sesiapa yang kenal gengster sksb 2013 silalh comment

Jumaat, 5 Julai 2013

jom baca surah ar rahman

dunia ini penuh dengan dugaan

                           assalamualaikum,


mula2 nana masuk ke sekolah s.k.s.b., waktu daftar ada lh seorang budak tu nana ingat dia tu baik tapi x.. dia selalu ejek nana tapi nana buat x tahu jer lah...satu hari tu kat sekolah petang/agama bt 12..guru kelas kitaorang garang sikit..kalau murid2nya buat benda yg x senonoh x pon yg x beradab kena  denda...pastu penolong ketua kelas dia main,bising dn berlari depan masjid waktu rehat..maklumlh sekolah kami dekat ngan masjid...masuk2 dlm kelas tiba2 dia kene marah dengan ustazah hana(fahana)..  ustazah hana pon lucutkn jawatan kawan nana tu... pastu ustazah hana pilih nana jadi penolong ketua kelas...geng penolong ketua kelas yg lama mcm x suka jer.. geng budak lelaki ada yg suka..pastu pagi besoknya  ina tengking kat nana...dia cakap bukannye seronok jadi penolong ketua kelas,jadi pengawas lagi seronok....ina tu kawan penolong ketua kelas lama...waktu tu nana rasa sakit hati lh...nana pon menangis...masuk jer bulan syaaban ,diaorang tetap ejek nana lagi, tapi nana jawab yg korang tu sempurna sangat lh,diaorang senyap jer...tapi kalau budak lelaki diaorang jawab sangat sempurna....waktu budak lelaki jawab sangat sempurna tu nana rasa nk campak jer diaorang kt tengah jalan x pon kt dalam parit... baru senang sikit hidup....nana tahu di sebalik dugaan ini,mesti ada sesuatu yg lebih baik....mungkin allah nk nana menjadi seorang insan yang lebih sabar dan bertaqwa..... 

Seronoknya dapat no 2

         assalamualaikum,

Umur nana dari pada nana 5 tahun sampai 9 tahun nana x pernah dapat no 2....waktu nana berusia 10 tahun baru dapat no 2 pada peperiksaan pertengahan tahun.. nana bertekat pada peperiksaan akhir tahun nana nk dapat no 1.. AMIN...Mak nana pon terkejut habes...tapi sape ada tips untuk nana ambil no 1 daripada anak cikgu yang pandai... dengar cerita anak cikgu tu daripada darjah 1 sampai darjah 4 hanya dapat no 1..lah kot..lagipon nana x tahu sangat sbb nana baru masuk kat SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BURONG baru tahun ni...lagipon mk nana ni x bagi kita ada fb ni jer lah yg nana ada itupon boleh bukak mlm jumaat dan hari sabtu dn ahad...kalau nk periksa 2 minggu sebelum periksa mk tak bagi bukak komputer untuk bukak blog,youtube dn lain2 lagi lh... dh lah tu nana pon dah penat buat entri ni.. dh mengantok nk tido dh mlm

Sabtu, 29 Jun 2013

terima kasih untuk kak yaya

                                                                                 
Celoteh Cik Yaya




assalamualaikum semua dan selamat tengah hari                                                                                                                               

yg pertama sekali nana nk ckp terima kasih kat kak yaya^_^
sbb dh tolong buatkn my blog,tolong tukarkan background blog nana dan sanggup buat entri tentang"siapa pemilik 'belog una mizah.'"

Khamis, 9 Mei 2013

israk dan mikraj


Peristiwa Israk Dan Mikraj ~ Perjalanan Agung Kekasih Allah


Peristiwa Israk Dan Mikraj 
Menguji Keimanan Ummat Islam

SEMPENA bulan Rejab 1432H yang banyak keberkatannya ini, PGGP ingin mengajak diri sendiri dan My friends menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar My Friends merujuk kepada ustaz atau guru agama Mursyid yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.

Sebelum terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj, Rasulullah S.A.W mengalami tahun yang sangat menyedihkan dikenali sebagai tahun-tahun kesedihan.

  • Pemboikotan atau pemulauan yang dilakukan oleh kaum kafir Quraisy terhadap Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutthalib. Pemboikotan ini, hampir membuat kaum Muslimin mati kelaparan, berlangsung selama tiga tahun.

  • Meninggalnya isteri Baginda S.A.W, Siti Khadijah yang banyak berkorban dan membantu perjuangan Baginda S.A.W bersama dalam suka dan duka, juga sempat mengalami berbagai tekanan dari Kaum Kafir. Siti Khadijah menjadi isteri Rasulullah S.A.W sedari Baginda belum diangkat menjadi Rasul lagi.

  • Meninggalnya bapa saudara Baginda S.A.W, yang amat dikasihi Abu Thalib. Seorang bapa saudara yang selalu memberikan perlindungan terhadap Rasulullah dari tekanan dan serangan Kaum Quraisy. Kesedihan semakin bertambah ketika melihat, bapa saudara yang Baginda S.A.W kasihi meninggal dunia dalam keadaan tidak beriman/islam. ISRAK membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad S.A.W pada malam hari dengan menaiki Buraq bermula dari masjid al-Haram di Mekah ke masjid al-Aqsa (bukan masjid al-Aqsa seperti yang ada pada hari ini) di Baitul Maqdis. Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi S.A.W ke langit dari masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.
Ringkasan Peristiwa Israk dan Mikraj

Sebelum Israk dan Mikraj RASULULLAH S.A.W mengalami pembedahan dada/perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda s.a.w dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah s.a.w. Setelah itu, dadanya dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah." Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan agung "Israk" itu.


Masjidil Haram kini tidak seperti di zaman Nabi SAW 
Masjidil Aqsa yang dibangun di zaman Bani Umaiyyah

Semasa Israk Dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah :

  • Negeri Thaibah iaitu Yathrib/Madinah, tempat di mana Rasulullah S.A.W akan melakukan hijrah.
  • Bukit Thursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah.
  • Baitul-Laham iaitu tempat Nabi Isa A.S. dilahirkan.

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan jamung apinya dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa pengajaran yang amat ajaib. Antaranya :

Kaum yang sedang bercucuk tanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai hasil (buah) yang baru pula keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail bahawa itulah ummatnya yang berjihad "Fisabillillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yg lebih banyak.

Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail bahawa itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suami dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dihukum bunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh keimanannya kepada Allah Taala (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan semula. Demikianlah dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah S.A.W bahawa Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (menunaikan solat).

Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail, Itulah orang yg tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail, itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri atau suami.

Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail, itulah orang-orang yang makan riba'

Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrai, itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail, itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail, itulah orang yang memakan daging manusia yakni mengumpat dan menjatuhkan maruah (mencela/menghinakan) orang.

Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail, itulah orang yang bercakap besar (Takabbur) kemudian menyesal, namun sudah terlambat.

Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah S.A.W tidak memperdulikannya. Kata Jibrail, itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail, itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.

Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail, itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat. Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan para anbia' dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail bahawa Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj/Naik Ke Hadhratul-Qudus  

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Langit Pertama : Rasulullah S.A.W dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba' dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Langit Kedua : Nabi S.A.W dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

Langit Ketiga : Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

Langit Keempat : Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

Langit Kelima : Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Langit Keenam : Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Langit Ketujuh : Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalillullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S. berpesan,

"Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S berpesan,

"Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu : SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH, ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga ." Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersolat (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Tangga Kelapan : Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu : Sungai yang airnya tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya Baginda masuk ke syurga dan kemudian melihat neraka berserta dengan Malik malaikat penunggunya.

Tangga Kesembilan : Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki semasa di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Tangga Kesepuluh : Baginda Rasulullah S.A.W sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah Azza wajalla dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah Taala dan Muhammad s.a.w, Rasul-Nya: Allah S.W.T : Ya Muhammad. Rasulullah S.A.W : Labbaika.

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah S.A.W : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) solat/sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu solat itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan solat lima waktu sehari semalam dengan tetap mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi atau bukti peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa'id)

Kesimpulan :

Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali menjelang 27 Rejab saban tahun. Ia adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara buruk. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian-kejadian yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar Insya Allah manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Peristiwa Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji iman umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir dan golongan munafik di zaman Nabi S.A.W langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Baginda sebaik saja Nabi S.A.W bercerita kepada mereka. Malah terdapat beberapa orang yang baru memeluk islam kembali murtad. Melainkan sahabat paling setia Saidina Abu bakar yang tanpa ragu MEMBENARKAN kata-kata Baginda Rasulullah S.A.W. Ekoran dari peristiwa itulah Abu bakar mendapat gelaran AS SIDDIQ yakni membenarkan.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Taala. Allah Taala telah menunjukkan bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda S.A.W.  [Sumber]

Mafhum Firman Allah dalam Surah Al-Israa' ayat 1 :

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat"

Jumaat, 26 April 2013

suka tak lagu ni?(IamNeeta,terima kasih)

Tidak pernah ku rasa
Perasaan yang bergini
Tulus tuk mencintai mu

Semua kerna dirimu ku berubah
Hidup kini penuh dengan senyuman

Oh sayang, datanglah
Ku ingin kan dirimu
Dekatlah padaku 
Ku rindukan pelukmu

Terima kasih atas segalanya
Yang telah kau beri amat ku hargai
Semua ku simpan di dalam hati
Penuh riang, tawa, mesra
Terus terukir di hati

Siapa sangka kan bahagia
Bila dulu pernah luka
Cinta datang tak diduga
Bawa hingga syurga


Tidak pernah ku rasa
Perasaan yang begini
Tulus tuk mencintaimu

Semua kerna dirimu ku berubah
Hidup kini penuh dengan senyuman
Oh sayang, datanglah
Ku inginkan dirimu
Dekatkan padaku
Ku rindukan pelukmu
Terima kasih atas segalanya
Yang telah kau beri amat ku hargai
Semua ku simpan didalam hati
Penuh riang tawa mesra
Terus terukir di hati

Ahad, 14 April 2013

sejarah hidup nabi Muhammad


Kewafatan Abdullah, suami tercinta benar-benar ditangisi oleh Siti Aminah Wahab, lebih-lebih pemergian itu berlaku ketika beliau sedang sarat mengandung anak pertama mereka!

Namun seolah-olah tahu bahawa anak yang dikandung itu bukan calang-calang manusia yang akan dilahirkan ke dunia. Lalu Siti Aminah terpaksa membuang jauh-jauh kesedihannya itu kecuali tetap menguatkan diri dan perasaannya demi kebaikan anak dalam kandungan dan mahu melahirkan bayinya itu dengan selamat.

Malah terdapat kisah sebagaimana yang diceritakan oleh Siti Aminah sendiri; "Ketika kandunganku genap berusia enam bulan, datang seorangyang tidak ku kenali pada suatu malam dan berkata; Hai, Aminah,sesungguhnya puan sedang mengandungkan seorang pemimpin besar. Apabila bayi mu itu lahir kelak namakanlah dia dengan nama Muhammad!;"(sesetengah riwayat mengatakan Siti Aminah bermimpi mengenai anak dalam kandungannya itu). 

Sehingga saat hendak melahirkan anaknya itu, Siti Aminah dikatakan tidak sedikit pun berasa gentar dan bimbang malah kita mendengar dalam banyak kisah, beliau dibidani oleh wanita-wanita yang didatangkan dari syurga, malah turut dibantu para bidadari itu sendiri.

Dikatakan wanita-wanita itu merupakan Siti Asiah, isteri kepada Firaun dan Siti Mariam, ibu Nabi Isa a.s. yang datang untuk membantu Siti Aminah melahirkan puteranya itu. 

Lalu pada subuh Isnin 12 Rabiulawal, tahun pertama selepas peristiwa Tahun Gajah, maka lahirlah ke dunia ini, seorang anak yatim yang mulia..

Bayi yang dilahirkan itu tidak lain, tidak bukan Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hisyam bin Abdul Manaf bin Qushaiy binKilaab bin Murrah bin Kaab bin Luai bin Ghalib bin Fihr bin Malik IbnuNader bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrika bin Ilyas bin Mudar binNizar (Hizar) Bin Maad bin Adnan, sehinggalah selanjutnya nasabketurunan Adnan ini bersambung kepada Ismail putra Ibrahim a.s. 

Tidak sahaja kerana fajar mentari yang menyingsing bagi menyingkap pagi yang paling suci tetapi dikatakan kelahiran Nabi di penempatan Bani Hashim di Mekah itu terdapatnya sinar yang begitu menerangi sehingga ke pelosok negeri. 

Ibnu Saad meriwayatkan bahawa ibu Rasulullah SAW pernah berkata :"Setelah aku melahirkan bayi ini keluar dari rahimku, maka bersamanya terdapat cahaya gemilang yang menerangi sehingga ke istana-istana di Syam."

Malah sejurus keputeraan Nabi Muhammad itu dikatakan terjadinya perkara-perkara luar biasa (irhas) sebagai tanda-tanda bahawa Rasulullah merupakan perutusan daripada Allah yang bakal mengubah apa yang selama ini telah sebati pada fizikal, mental, rohani dan akidah umat manusia kepada yang lebih baik lagi. 

Dikatakan ketika Baginda lahir, empat belas lengkungan pintu gerbang Istana Kisra, milik Raja Parsi secara tiba-tiba telah runtuh, roboh dan pecah bertaburan, api biara yang selama berpuluh-puluh tahun tidak pernah padam, yang menjadi penyembahan kaum Majusi akhirnya gelap terpadam dan sehinggalah gereja-gereja di sekitar Bahirah runtuh secara tiba-tiba akibat ia mendap ke dalam bumi. 

Jika alam semesta turut menyambut dengan gembira keputeraan NabiMuhammad, apatah lagi kepada datuk Baginda, Abdul Mutalib yang sangat merasai kehilangan anaknya, Abdullah sebelum ini.

Sebaik Nabi Muhammad selamat dilahirkan, berita gembira kelahiran ini terus disampaikan kepada Abdul Mutalib yang ketika itu dikatakan sedang bertawaf di Kaabah kerana menantikan kelahiran cucunya itu. 

Abdul Mutalib benar-benar gembira menerima berita kelahiran cucu laki-laki itu yang sekali gus mengingatkan beliau kepada anaknya, Abdullah. 

Segera beliau menemui Siti Aminah untuk mengucapkan tahniah dan tanpa berlengah Abdul Mutalib menatang dengan penuh kasih sayang bayi yang baru lahir itu dan dibawanya terus menuju ke Kaabah. 


Sesetengah riwayat menceritakan Abdul Mutalib membawa cucunya itumasuk ke dalam Kaabah. Di tempat sesuci itu, Abdul Mutalib berdoakepada Allah memohon supaya cucunya itu diberi kemuliaan sepanjanghidupnya kelak. Lalu Abdul Mutalib menamakan bayi itu dengan permulaanyang cukup mulia iaitu; Muhammad yang bererti; yang terpuji! Iaitu satunama yang masih agak asing di kalangan masyarakat Arab ketika itu. 

Apabila mereka mengetahui bahawa anak itu diberi nama Muhammad, mereka tertanya-tanya mengapa Abdul Mutalib tidak suka atau mempertahankan nama nenek moyang.

Lalu Abdul Mutalib menjawab: "Ku inginkan anak ini akan menjadi seorang yang Terpuji bagi tuhan di langit dan bagi makhluk-makhluk-NYAdi bumi! 

Pada hari ketujuh kelahiran Rasulullah itu, sebagai tanda gembira dan bersyukur serta melaksanakan tanggungjawab sebagai datuk, Abdul Mutalib telah menyembelih unta dan dijamukan kepada seluruh penduduk Mekah, masyarakat Quraisy pada masa itu. 

Malah walau sesetengah riwayat menyebut Nabi Muhammad telah dikhatankan sejak dilahirkan, namun pada hari ketujuh itu juga Abdul Mutalib telah mengkhatankan cucunya itu. 

Bagi tidak membezakan si anak dengan anak-anak lain yang masih mempunyai ibu dan ayah, Nabi Muhammad benar-benar telah dilimpahkandengan kekayaan kasih sayang walaupun daripada seorang yang bergelar datuk! 

Namun tentunya anda sering mendengar bahawa keputeraan Nabi Muhammad SAW tidak lebih sebagai satu kelahiran seorang nabi palsu, iaitu satu tuduhan yang sangat jahat! 

Iaitu satu konotasi sesetengah ajaran yang tercatat dalam kitab mereka yang menuduh Nabi Muhammd adalah antara "Banyak nabi palsu akan muncul dan menyesatkan banyak orang."

Ini dilakukan apabila mereka tidak pernah menguji pengetahuan mengenai Nabi Muhammad.

Namun di celah-celah hasutan tersebut, seorang dari kalangan mereka mengemukakan sesuatu yang berbeza mengenai Rasulullah. 

Seorang pemikir dan ahli sejarah terkemuka Inggeris, Thomas Carlyle (meninggal 1881) dari era atau zaman Victoria, dalam bukunya Heroes and Hero-worship (1841)dengan tegas menyatakan, "Pembohongan yang begitu semangat telah dituduhkan pada Muhammad (Nabi), adalah hanya menghinakan diri kita sendiri." 

Menurutnya lagi, jika Nabi Muhammad itu nabi yang palsu, jangankan hendak menyebarkan agama, membina rumah pun Baginda tidak akan mampu!

"Nabi palsu mendirikan sebuah agama? Manakan mampu? Seorang yang palsu bahkan tidak akan mampu membangunkan sebuah rumah yang diperbuat daripada batu bata! 

"Jika dia tidak tahu dan tidak mengikuti ilmu dan cara-cara membuat adunan simen, bata dan segala sesuatu yang berhubungan dengan itu. Bukannya rumah yang dapat Baginda dirikan, melainkan tidak lebih longgokan dan lambakan sampah sarap. 

"Adakah sampah, jika agama yang dibawa oleh Muhammad itu dapat bertahan selama dua belas abad (sekarang abad ke 14), memiliki pengikut sebanyak 180 juta orang (sekarang lebih dari 1 bilion pengikut),

"Ajarannya akan hancur berantakan jika Muhammad itu nabi atau imam palsu!" tegas Carlyle. 

Justeru, tuduhan kepalsuan Nabi Muhammad itu boleh dijawab dengan segala detik-detik sejarah kelahiran atau keputeraan Baginda sendiri yang ternyata bukan satu kelahiran yang biasa!

Jumaat, 5 April 2013

cerita antara si semut dan si lalat

si lalat : kau pun ade semut?
 si semut : dah nampak lagi mahu tanya.
si lalat : amboi, kasarnye  jawapan.
si semut :maaflah, aq tengah sibuk ni...
si lalat : cari mkn juga ke?????????
si semut : mestilah, name pon kawasan sampah. di mana ada sampah di situ ade makanan
si lalat : setahu aq, lalat mcm aq  saja yg  suka datang ke sini.. kn tempat ni kotor...
si semut : aq pon spesies kau juga.. x kiralah kawasan sampah ke rumah ke , yg penting bila ade sampah, adelah kita...
si semut dahlah mari kita cari makanan sebelum sampah-sarap ni dibawa pergi
si lalat : betul tu. mari.....