Ahad, 30 Mac 2014

bercinta VS bercouple

                         assalamualaikum semua,


Sebut jer pasal kapel couple mungkin korang kata "ala couple tu bercinta jer....bukannya benda lain.."tapi korang tahu x ape itu istilah ''bercinta" dan "couple"...... ha, jika kita lihat pada tajuknya sahaja, kemungkinan besar para pembaca sudah lari daripada topik ini....tapi percayalah bahawa topik ini akan sentiasa dikupas kerana ramai diantara kita yg masih lagi kabur mengenai erti cinta yg sebenarnya...cinta adalah anugerah dan makhluk allah... mengapa kita harus berasa geli??? padahal cinta adalah fitrah manusia...mengapa kita harus menolaknya??? apa-apa pun mari kita mengenali cinta.... :)



Cinta- sebuah perasaan yang ingin membagi bersama atau sebuah perasaan afeksi terhadap seseorang. Pendapat lainnya, cinta adalah sebuah aksi/kegiatan aktif yang dilakukan manusia terhadap objek lain, berupa pengorbanan diri, empati, perhatian, memberikan kasih sayang, membantu, menuruti perkataan, mengikuti, patuh, dan mau melakukan apapun yang diinginkan objek tersebut.



Sebenarnya konteks cinta ini luas. Adapun cinta boleh diklasifikasikan sebagai :
  1. Cinta terhadap Allah dan RasulNya
  2. Cinta terhadap keluarga, teman-teman
  3. Cinta yang romantis atau juga disebut asmara
  4. Cinta yang hanya merupakan nafsu 
  5. Cinta sesama atau juga disebut kasih sayang
  6. Cinta dirinya sendiri
  7. Cinta akan sebuah konsep tertentu
  8. Cinta akan negaranya 
  9. Cinta akan bangsa 
Berkaitan dengan topik kali ini, ingin saya membincangkan tentang cinta sesama remaja (berlainan jantina). Sebagai seorang remaja yang normal, saya rasa adalah normal bagi seseorang remaja itu jatuh cinta dengan seseorang yang berlawanan jantina dengan dirinya sesuai dengan fitrah manusia itu sendiri. Sudah menjadi 'trend' remaja hari ini untuk mempunyai kekasih masing-masing. Saya di sini bukanlah untuk bercakap mengenai hukum-hukum Allah kerana merasakan diri ini terlalu kerdil dan masih belum layak untuk berbicara soal hukum hakam.

Pada pendapat saya 'trend' ber'couple' ini adalah ideologi dari barat di mana mereka akan berpasangan terlebih dahulu sebelum bertunang dan seterusnya berkahwin (bagi yang ingin berkahwin). Bagi mereka, ber'couple' itu membenarkan anda memiliki sepenuhnya diri pasangan. Bagi kita (orang Melayu), ber'couple' itu tidaklah sehingga ke tahap itu. Tetapi kini terdapat segilintir masyarakat Melayu yang sudah beranggapan dengan ber'couple' maka halal lah segalanya dan tidak mustahil pada masa akan datang semua orang Melayu (yang ber'couple') akan berlagak seperti pasangan suami isteri.

Islam tidak mengharamkan percintaan sesama lelaki dan perempuan tetapi perlulah di landasan yang benar. 'Couple' ini cumalah satu istilah yang boleh dianalogikan sebagai lesen ataupun sebagai alasan untuk melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan. Sebagai contoh, terdapat pasangan yang bukan mahram menggunakan alasan sedang bercinta untuk berjalan berpimpinan tangan dan berpeluk-pelukkan. Memang benar mereka sedang merasakan nikmat cinta. Tetapi, cinta yang seperti ini tidak dibolehkan kerana ia membawa ke lembah dosa.

Saya ingin bercakap sebagai seorang perempuan. Setahu saya lah, lelaki mempunyai satu nafsu sahaja. Sebenarnya, apabila ada pasangan yang melakukan kesalahan maka lelaki lah yang perlu disalahkan (kerana gagal mengawal nafsu yang satu itu). Biasanya wanita sangat menyayangi pasangannya dan akan mengikut segala kemahuan pasangan. Jarang untuk kita melihat wanita yang menjadi 'starter' kerana wanita diciptakan dengan perasaan malu yang tebal. Jadi jika ada lelaki yang ingin memiliki sesuatu yang bukan miliknya (memegang tangan pasangan contohnya), maka jelaslah bahawa yang sebenarnya lelaki tersebut tidak pernah berasa ikhlas kerana Allah dalam perhubungan. Kemungkinan besar juga lelaki tersebut tidak pernah ikhlas berniat untuk menjadikan wanita (pasangannya) sebagai isteri yang sah. Saya berani bekata begini kerana saya juga seorang lelaki. Lumrah seorang lelaki mahukan wanita yang 'baru', 'elok', dan 'bersih' untuk dijadikan isteri.

Cuba kita lihat pada zaman datuk moyang kita. Mereka juga hangat bercinta tetapi jarang sungguh timbul soal keruntuhan akhlak dan sebagainya. Bagaimana mereka bercinta? Pada ketika itu, istilah 'couple' masih belum wujud dalam kalangan masyarakat muda-mudi Melayu. Jadi boleh disimpulkan mereka bercinta dalam diam. Baik lelaki dan perempuan. Perasaan cinta dan suka masih dilafaz dan bukan dipendam tetapi masing-masing mempunyai rasa malu dan apabila mereka sudah bersedia untuk berkahwin maka hasrat itu akan diutarakan kepada orang tua untuk prosedur peminangan. Akibat daripada perasaan malu ketika bercinta tadi, maka mereka berasa malu untuk keluar berdua-duaan dan berasa malu untuk melakukan perbuatan yang tidak bermoral.

Lain pula halnya pada zaman ini. Apabila cinta dan suka sudah dilafaz maka istilah ber'couple' juga diisytiharkan. Sebenarnya, istilah 'couple' ini tidak bersalah. Cuma perbuatan-perbuatan yang dirasakan perlu untuk dilakukan oleh pasangan yang sudah bergelar ber'couple' itu yang salah. Mari kita ambil contoh yang paling mudah. Pasangan yang ber'couple' ini selalunya merasakan bahawa mereka perlu untuk keluar berdua sahaja bersama sebagai pasangan kekasih samada keluar menonton wayang, makan-makan, bermain boling dan sebagainya. Pada mereka, apa guna ber'couple' kalau tidak keluar bersama. Di sini kita dapat lihat penyalahgunaan istilah 'couple'. Istilah 'couple' dijadikan sebagai tiket untuk segalanya. Tidak salah rasanya kalau mahu bercinta. Tidak salah rasanya kalau mahu berjumpa. Tidak salah rasanya kalau mahu mengenal hati budi. Tetapi mestilah dengan cara yang betul. Contohnya, jikalau mahu berjumpa, janganlah hanya berdua. Walaupun kita rasa nafsu itu dapat dikawal, namun ingatlah, syaitan itu sangat licik.

Ada sesetengah pihak yang mengharamkan 'couple'. Ya, 'couple' itu memang haram jika benda yang mengundang dosa dilakukan. Jadi untuk mengelakkan daripada perkara itu berlaku, jika mahu bercinta, tidak perlulah diisytiharkan 'couple' itu. Seharusnya bagi mereka yang mahu bercinta tetapi belum bersedia untuk  mengikat tali pertunangan, lafazkanlah cinta itu kepada yang dicintai dan apabila kedua-dua pihak sudah saling mencintai, buatlah persetujuan untuk menjaga hati dan perasaan cinta masing-masing sehingga kedua-duanya bersedia untuk bertunang. Ada juga lelaki atau wanita yang berasa takut orang yang dicintai akan berpaling hati. Di sinilah kuasa cinta itu akan diuji.

Setiap orang mahukan yang terbaik untuk diri sendiri. Jadi sebelum kita mencari cinta manusia, seharusnya kita mencari cinta Allah terlebih dahulu. Ingati Allah sebelum melakukan sesuatu dan sebelum berkata sesuatu. Dapatkanlah cinta Allah dahulu, nescaya kamu akan mendapat cinta orang yang turut mencintai Allah. Latihlah diri untuk menjadi soleh kerana Allah telah menjanjikan sesuatu untuk hambaNya.

"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). (An-Nuur:26)





Menurut Ibnu Hazm, cinta itu sukar dihuraikan. Ibnu Hazm ialah seorang ulama fiqh dan filosofi terkenal di Andalusia pada zamannya. Beliau pernah jatuh cinta sebanyak tiga kali. Di sini ingin saya ceritakan serba sedikit mengenai kisah cinta Ibnu Hazm. Cinta pertamanya bersemi ketika ia berusia 18 tahun. Sementara gadis pujaannya berumur 16 tahun. Gadis itu begitu dikaguminya. Beliau mengatakan bahawa pujaannya itu seorang yang cantik, bertabiat baik, dan bertubuh sintal. Si gadis pun pandai menyanyi dan memetik kecapi yang menjadi kebiasaan pada ketika itu.

Ibnu Hazm tergila-gilakannya. Setiap hari beliau selalu menanti gadis itu melalui hadapan rumahnya. Bagaimana Ibnu Hazm bercinta? Seperti kisah remaja pada umumnya, kisah cinta Ibnu Hazm penuh dengan romantika. Tetapi Ibnu Hazm tidak pernah melakukan maksiat dengan gadis tersebut walaupun kedua-duanya saling menyukai. Jika dikejar, si gadis berlalu dengan malu-malu dan rona wajahnya menjadi merah. Tentang kelakuannya yang malu-malu itu, Ibnu Hazm menulis: "Saya ingat bagaimana ketika saya selalu pergi ke ruangan tempat dia tinggal. Rasanya saya selalu ingin menuju pintu itu agar dapat dekat dengannya. Apabila dia melihat saya berhampiran pintu, dengan lemah lembut dia pergi ke tempat lain." Jelaslah di sini bahawa perasaan malu itu sangat-sangat penting dalam percintaan remaja. Tidak lama kemudian, Ibnu Hazm menikahi gadis tersebut ketika usianya masih di bawah 20 tahun.

Seperti yang saya katakan di atas, cinta itu sukar dihuraikan. Tetapi pada orang yang jatuh cinta terdapat petanda.

Pertama, asyik memandang orang yang dikasihi.
Kedua,segera menuju ke tempat kekasih berada, sengaja mahu mendekatinya.
Ketiga, gelisah dan gugup ketika ada seseorang yang mirip dengan orang yang dicintainya.
Keempat, kesediaan untuk melakukan hal-hal yang sebelumnya enggan dilakukannya.

Cinta awalnya permainan dan akhirnya kesungguhan. Ia tidak dapat dilukiskan tetapi harus dialami agar diketahui. Agama tidak menolaknya, syariat pun tidak melarangnya. Adapun yang mencoreng cinta itu adalah melakukan maksiat dan menuruti hawa nafsu.

Kesimpulannya, jika mahu bercinta, tidak perlulah memanggil cinta itu sebagai hubungan 'couple' kerana dikhuatiri aura istilah 'couple' itu akan menjerumuskan kita untuk mengikut telunjuk nafsu. Bercintalah sepertimana Ibnu Hazm bercinta. Semoga percintaan itu diredhai Allah. Cinta yang terbesar adalah cinta kepada Allah dan cinta sesama manusia yang dijalin kerana Allah. Cinta sesama manusia, antara lain cinta antara lawan jenis jika terjalin kerana Allah pasti diliputi oleh kesetiaan dan kesucian.

Cinta di mata seorang ulama

Akan menghinalah mereka
Yang tak mengenal cinta
Sungguh cintamu padanya wajar adanya
Mereka kata, cinta buat kau gila
Padahal kau orang paling faham agama

Bila masanya Muhammad mengharamkan cinta
Dan apakah ia menghina umatnya
Yang jatuh cinta
Janganlah kau berlagak mulia
Dengan menyebut cinta sebagai dosa

Janganlah kau pedulikan 
Apa kata orang tentang cinta
Entah yang berkata keras atau halus biasa
Bukankah manusia harus menetapi pilihannya
Bukankah kata tersembunyi
Tak bererti diam seribu bahasa






kesimpulannya ialah bercinta dan bercouple itu berbeza....
bercinta tidak salah
bercouple yg salah..

stetmenyg salah =  TIDAK BOLEH BERCINTA
stetmen yg btol=  BERHATI HATI DALAM CINTA

dan beza bercinta dan couple ialah

bercouple = BERPACARAN
bercinta= BERKONGSI PERASAAN

HARAP2 DENGAN PERKONGSIAN INI BOLEH MENDATANG KAN MANFAAT KEPADA PEMBACA PEMBACA SEKALIAN

jika ingin meninggal kan sebarang komen sila lah....... ^_^

mmmm....